Pendedahan Awal Animasi Nirnama!



Diumumkan sesi ‘Pendedahan Awal Animasi Nirnama’ bersama Wau Animation Sdn. Bhd. pada 6hb Jun 2026 nanti.

Pukul 8.00 malam, bertempat di reruai Hilal Asyraf Resources, Tingkat 4, Dewan Tun Razak 4.

Disclaimer awal – belum ada trailer animasi untuk didedahkan dalam acara kali ini.

Tetapi, pihak WAU Animation sendiri akan menzahirkan rupa Nirnama animasi yang sedang diusahakan, kepada semua nanti dalam acara ini.

Akan ada juga sesi Q&A ringkas bersama pihak WAU jika ada yang nak mengutarakan soalan berkait animasi adaptasi Nirnama yang bakal diusahakan mereka.

Para peminat Nirnama, penyokong animasi Malaysia, rakan media dan pempengaruh, dialu-alukan hadir jika berminat dan berkelapangan.

Sumber : Hilal Asyraf

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *